Friday, January 7, 2011

31 Disember 2010

Tahniah Harimau Malaya kerna menang & beri rakyat malaysia cuti! Walaupun kami x cuti (sok..sek..sok..sek..) kerana mengalu2kan kedatangan anak2 bangsa ke sekolah, kami tetap hepi (ye ke?)

Next week dah mula sekolah. Apala yang bakal berlaku nnt yerk? Anak2 muridku..aku ditugaskan menjadi guru kelas PK Dinamik, kelas aras sederhana (kelas ke-4). yang agak sedih sbb aku xdapat mengajar kelas Arif (kelas aras tinggi) untuk subjek Matematik. dah 2 tahun aku pegang kelas tu..rasanya macam2 yang aku dah nampak perubahan diorg. agak sedihla nak lepaskan diorg sbb aku rasa dah terlalu kenal potensi mereka dalam Maths nih.

benti jap

Thursday, December 2, 2010

Sedar ke tak..

   Sedar x sedar dah nak masuk 3 tahun aku dalm bidang ni.  Tapi aku rasa ilmu yang ada, sangat2lah sikit.  Rasa terkilan juga sebab tiada kursus-kursus khas untuk guru-guru seperti kami update ilmu.  Kalau nak tau, aku paling terpikat nak mendalami bidang autisme. Tak tau kenapa. Tapi hati ni sentiasa merasakan keinginan untuk mencungkil bakat murid-murid ni.  Diorangkan susah didekati..apalagi aku mmg biasanya suka sgt menyakat budak. Selagi budak tak nangis, selagi tu aku usik. Bak kata kakak2ku, sebab tu la budak2 x suka dengan kau. Peduli apa, sebab dengan cara tu kita boleh keluarkan potensi seseorang.  Tu la yang saya suka buat kat budak2 autisme. jgn marah!

  Disebabkan keboringan melampau, sempatla aku membrowse blog2 yang dibuat oleh parents yang mempunyai anak istimewa. Fuiyoo, mmg membanggakan. salute dengan diorg sbb sekarang mata masyarakat dah semakin terbuka walaupun dalam drama Masyitah seorang autistik macam seorang terencat akal. hihihi..ada jugak orang yang berani buat drama x study habis zaman-zaman nih.  langsung x takut kena kutuk..Macam-macam ilmu yang dapat hari ni dari blog diorang walaupun lebihnya dok tambah wishlist designer handbag. hihihi.  Ni mmg kegilaan aku sekarang. << sila jangan ikut ek.  Buat masa ni, aku just nak kumpulkan link-link mengenai anak-anak khas yang ada termasuk daripada ibubapa sendiri.  Kemahiran memblog ni pun nak kena kikis karat2 yang ada sbb dah lama sgt meninggalkan bidang ni. Doakan aku berjaya !

Tuesday, November 30, 2010

Akhirnya..

   Tak sangka, cuti sekolah kali ni betul2 buat aku bosan. nak pergi melancong pun, aku dah kena 'rehat'. Semuanya bermula dengan 1st Ramadhan tahun ni kerana aku mengalami keguguran. Desperate sangat nak anak agaknya, aku sanggup tak pi jalan-jalan cuti kali ni :) Mungkin tiket-tiket flight yang dah booking awal-awal untuk bulan 1 dan 2 tu pun kena kensel.  Airasia, katakan..hihihi. Maklumlah..esok (2/12/2010) genap 3 tahun 6 bulan kami berkahwin.

   Memang dah lama aku berangan-angan nak buat blog termasuk pasal anak-anak didikku, tapi masa belum mengizinkan. Aku pun masih baru dalam bidang ni. Tu pun secara bidan terjun. hihihi...Berangan konon-kononnya from 0 to hero..muahahahaha.  Lepas habis ijazah dalam bidang Sains Komputer 2004, aku tak pernah kerja dalam bidang komputer.  Kalau ada pun, bahagian admin adalah.  2005, aku tergerak hati pergi ke sebuah sekolah untuk bertanyakan sama ada sekolah tu perlukan guru ganti.  Alhamdulillah, rezeki aku. 

   Kebetulan guru yang aku ganti tu, cuti haji..jadi agak lamala jugak.  Dengan gembiranya, aku diberi jadual subjek Matematik untuk tingkatan 3 dan tingkatan 4.  Bermulala hidup aku sebagai seorang guru.  Seorang demi seorang guru aku ganti sebab Alhamdulillah, masa tu cikgu-cikgu sana tak putus-putus bersalin. Lebih kurang 7 bulan aku di sana. disebabkan minat yang mendalam, aku telah cuba-cuba mengajar tuisyen pada masa yang sama. Paham-paham jerla payment untuk guru ganti.  Lepas habis mengganti seorang guru, baru kerani start buat payment, pastu sekurang-kurangnya lepas 2 bulan baru dapat payment. huh!

   Lepas tu aku buat tuisyen sepenuh masa. memang penat..pagi, petang, malam..sentiasa ada kelas.  Aku berani ambil subjek matematik jer sebab aku rasa tu jer kepakaran aku. ecehh..perasanla pulak!  yang seronoknya, ada seorang murid PMR aku tahun tu : faiz yang juga anak kepada bos angahku dapat A untuk PMR. aku mengajar dia 2/3 bulan jer dari nak exam. Ingat masa tu dia baru lepas trial. trial Math dia fail! PMR dapat A! tapi dia agak sedih sebab tu jer satu-satunya A yang dia dapat.  Masa result keluar, aku yang melompat-lompat syok sgt sebab berbaloila duit banyak2 yang ayah dia bayar kat aku. hihihi..Tapi memang nampak usaha dia time tuh.  yang bestnya, time form 4 ambil Add Math. mak dia siap call bgtau sebab aku, dia buat keputusan tu. Dari x suka Math, kepada sangat suka!

   Dari situ, aku mula minat nak jadi cikgu. Ada satu kepuasan bila pelajar kita berjaya. Mulala apply KPLI. tahun 2005 tuh, aku minta subjek Matematik..tapi xde rezeki.  sedih sangat.  Satu hari, pergi beraya kat rumah datuk kakak ipar aku. kebetulan pakcik kakak ipar tu pegawai PPD. kakak ipar ceritala yang aku nak sangat dapat KPLI tu.  Apa dia cakap? Mintakla course yang orang lain x mintak. course apa? Dia kata, Pendidikan Khas. oh..OK! itu dalam fikiranku..

   Tahun 2006, keluar jer borang KPLI..aku dah berazam nak minta Pendidikan Khas. Apa benda tuh? aku pun xtau!!  Masa tu aku kerja sebagai sales coordinator kat sebuah syarikat bakery ingrediant. Tinggal kat rmah sewa dengan adik angkatku Alel & member sekampung dia Ekin.  Aku dok goda2 ekin apply KPLI skali dengan aku.  Pi MTEST, tapi kuar result, ktrg dua2 x dapat! sedihnya..tapi aku buat rayuan, bukannya susah..klik butang rayuan jer.  Ekin plak kata, dah xde rezeki..so dia malasla even tekan butang tu jerk. Tapi xpe, dia kerja pun dah stabil time tuh. aku jer yang terhoyong hayang.  Nak dijadikan cerita, aku diterima interview lepas klik 'rayuan'.   Sebelum intebiu tu, aku pun beria surf internet cari info pasal PK ni. siap tanya member2 yang pernah dapat KPLI pasal soalan yang bakal keluar. Tapi xde sorang pun dalam bidang PK nih!

   Aku dapat info PK ni pasal budak2 buta & pekak. jadi, itula pegangan aku sebelum pi interbiu.  Bila aku sampai kat tempat tu, semua yang bakal diinterbiu tu dtg dengan nota2 bagai..siap buat study group lagi. aku pun joinla..bagai nak luruh jantung bila aku dapat tau, semua info yan aku dapat tu xde kena mengena dengan course ni. WHAT!! Alhamdulillah, semua bagi kerjasama dan sangat sharing.  aku dapat jawab semua soalan dengan betul dengan bantuan rakan-rakan se'intebiu' aku.  THANKS KORANG!!! ruginya rasa aku x ambil no fon korang semua.

  A day before result keluar, aku ada baca kat paper boleh cek result by SMS. Masa tu aku dah tak kerja sebab company tu ada masalah.  Aku bukak mata jerk, terus capai handfon & paper. Masa tu housemate2 aku tgh bersolek2 nak pi keje. Ekin siap ckp: nape kak Azra tu, bangun2 capai paper. Aku buat2 x dengar sbb tgh berdebar2 nak tau result. tiba2," TAHNIAH, ANDA BERJAYA!"  Apalagi, melompatla aku smbl peluk2 budak dua tu. yang diorg pulak..pelik jerk. Aku terus bgtau yang aku dpt KPLI. tahniah..aku sangat 10x  suka!!!

  Bermulalah kisah hidup aku sebagai seorang pelatih di Institut Perguruan Ipoh, Perak.  1 kelas PK, 21 orang semuanya yang datang dari pelbagai background.  Dengan didikan naluri guru khas En Anuar b Abdullah.  Satu demi satu ilmu PK aku dapat di sana. Thanks semua!!! terutama sekali En Anuar yang sangat2 ambil berat akan kami.  Cuti pertengahan penggal 2007, aku bernikah dengan tunangku tersayang Najib.  kami terpaksa tinggal berjauhan sementara aku menghabiskan pengajianku di Ipoh.

   2008, aku posting di Shah Alam. Alhamdulillah, itu sekolah paling hampir dengan rumah kami ketika itu.  Sehingga hari ini, aku masih mengajar di sana.  Tahun depan, xtau lagi sebab ada sekolah berhampiran nak buka program baru, tak tahu siapala guru yang terpaksa berpindah sekali dengan sebahagian anak-anak murid kami.  Sampai sini dulu, semangat nak menulis lagi!  Harapanku, aku dapat menjadi model untuk anak-anak istimewaku. terimalah modelistimewa.blogspot.com :) yg mengaitkan kisah hidupku & juga anak-anak didikku..