Thursday, December 2, 2010

Sedar ke tak..

   Sedar x sedar dah nak masuk 3 tahun aku dalm bidang ni.  Tapi aku rasa ilmu yang ada, sangat2lah sikit.  Rasa terkilan juga sebab tiada kursus-kursus khas untuk guru-guru seperti kami update ilmu.  Kalau nak tau, aku paling terpikat nak mendalami bidang autisme. Tak tau kenapa. Tapi hati ni sentiasa merasakan keinginan untuk mencungkil bakat murid-murid ni.  Diorangkan susah didekati..apalagi aku mmg biasanya suka sgt menyakat budak. Selagi budak tak nangis, selagi tu aku usik. Bak kata kakak2ku, sebab tu la budak2 x suka dengan kau. Peduli apa, sebab dengan cara tu kita boleh keluarkan potensi seseorang.  Tu la yang saya suka buat kat budak2 autisme. jgn marah!

  Disebabkan keboringan melampau, sempatla aku membrowse blog2 yang dibuat oleh parents yang mempunyai anak istimewa. Fuiyoo, mmg membanggakan. salute dengan diorg sbb sekarang mata masyarakat dah semakin terbuka walaupun dalam drama Masyitah seorang autistik macam seorang terencat akal. hihihi..ada jugak orang yang berani buat drama x study habis zaman-zaman nih.  langsung x takut kena kutuk..Macam-macam ilmu yang dapat hari ni dari blog diorang walaupun lebihnya dok tambah wishlist designer handbag. hihihi.  Ni mmg kegilaan aku sekarang. << sila jangan ikut ek.  Buat masa ni, aku just nak kumpulkan link-link mengenai anak-anak khas yang ada termasuk daripada ibubapa sendiri.  Kemahiran memblog ni pun nak kena kikis karat2 yang ada sbb dah lama sgt meninggalkan bidang ni. Doakan aku berjaya !